Wednesday, December 8, 2010

pendidikan seni visual spm


Berikut soalan PSV kertas 2, 2010. Nampaknya agak mudah tahun ini. Soalan mana yang anda pilih?


1. Anda sedang menyaksikan satu perlawanan bolasepak di padang sekolah.
Lukis dari jarak dekat aksi beberapa pemain bola sepak dengan memberi penekanan kepada bentuk figura

2. Anda telah melawat ke kedai ikan hiasan. Anda terpikat dengan kecantikan warna, bentuk dan aksi seekor ikan laga dalam sebuah balang kaca.
Gambarkan aksi seekor ikan laga dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan pergerakan.

3. Di sebuah gerai kelihatan seorang penjual sedang membetulkan susunan tanda harga barang jualannya yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, udang dan sotong.
Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk dan jalinan.

4. Dalam sebuah hutan kelihatan seekor haiwan aneh sedang bertindak dengan cemas untuk melepaskan diri daripada cengkaman tumbuh-tumbuhan ganjil.
Lukis situasi ini mengikut imaginasi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi.

5. Di atas sebuah meja solek kelihatan minyak wangi, bedak, gincu, minyak rambut, sikat dan barang lain yang digunakan untuk perhiasan diri.
Lukis barang-barang perhiasan diri tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

6. Pada suatu pagi yang cerah, anda sedang berjalan di sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz. Di celah-celah pokok tersebut terdapat pancaran matahari.
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan
.
soalan 1, bolesepak, harus tahu selok belok utk lukis figura, sebenarnya banyak dalam paper figura sedang main bola, elok le pilih dan cuba buat lakaran-lakaran yang sesuai. Figura2 tersebut harus lebih dari 1 lah sebab dalam soalannya mangatakan beberapa orang pemain.

Persoalannya perlukah anda melukis anda yang sedang menyaksikan tu? Jawapannya adalah tidak, sebab arahan yang jelas ialah anda perlu lukis dari jarak dekat aksi2 pemain2 tersebut. Tapi kalau anda lukis anda dan rakan-rakan anda atau penonton2 yang lain sebagai latar belakang tak apa...

Soalan 2, ikan laga. Anda yang sedang melawat tu tak perlukah dilukiskan, yang penting hanya perlu lukis ikan laga. Kebanyakannya pelajar2 kita suka lukis 1 kedai tu sekali, hehe.. harap jangan ada yg berbuat demikian... Arahannya yang jelas ialah lukis seekor saje ikan laga, tok sah le lukis banyak2 sebab die mau lihat penekanan kepada JALINAN, BENTUK dan WARNA ikan tersebut. Lagi pun ikan laga tak duduk dalam 1 balang, sebab ikan ni suka lawan dan rosakkan antara 1 sama lain.
Pendetailan harus diberi penekanan kepada kehalusan jalinan pada badan ikan tersebut spt, sisik, sirip, ekor ikan tu. Ada banyak jenis ikan laga, pelbagai warna dan hiasan, anda bolehla search di google...Latar belakang jangan dibiarkan kosong, boleh guna teknik cahaya, ton bagi menampilkan penegasan pada imej ikan tersebut
Soalan no 4, bagi yang gemar lihat cerita kartun segala naruto, dan tah per pe lagi, tentulah minat soalan nih, eloklah rujuk gambar2 tersebut bagi mendapatkan idea, tapi ingat, janganlah meniru bulat2...

Memerlukan kreativiti yang lebih sedikit untuk mereka cipta haiwan yang ganjil tu.. Ganjil dari segi apa, terpulang kepada anda, samaada ia menyerupai haiwan yang pernah wujud atau haiwan yang lain langsung. jadi, adalah diingatkan untuk mencari idea terlebih dahulu sebelum hari exam, jangan masa exam tu baru nak tunggu idea datang...Aksi adalah penting bagi menampakkan keadaan cemas haiwan tersebut. Latar belakang hutan yang digambarkan tentulah agak ganjil, seiring dengan keadaan haiwan tu sbg mana dalam solaan...

Tak perlu lukis diri anda yang sedang beimaginasi tuh dalam lukisan (mana tau kalau ada yang lukis)...
Contoh 1
Contoh 2
Sekarang kita bincangkan soalan 5 pula sebab kemungkinan ramai pelajar perempuan suka soalan ni, kalau di sekolah, soalan macam ni memanglah jadi pilihan terbanyak..

Di atas meja solek yang mengandungi alat-alat solek... Anda hanya perlu lukis alat2 solek dari jarak dekat sahaja, tak perlu buat satu bilik tidur atau lukis meja soleknya. Hanya lukis permukaan meja solek. Selalunya pelajar2 tak faham dan oleh kerana soalan tu ada menyebut tentang di atas meja solek, lalu, satu meja solek pula yang pelajar susah payah nak lukis hingga mencacatkan lukisan kerana perspektif tak betul....
Jadi yang perlu lukis hanya alat2 solek yang berlatarbelakangkan cermin meja solek, dan sedikit permukaan meja solek... Lukis alat2 tersebt dari jarak dekat. Yang penting penekanan kepada bentuk, pencahayaan dan bayang pada alat2 solek tersebut dan pendetailan pada jalinan (label dan rupa bentuk bungkusan alat2 solek). kalau botol alat2 tu jernih, jangan lupa, cuba warnakan agar nampak kejernihannya dan nampak benda2 di belakang botol tersebut. Skrg banyak masa ada, bolehlah rujuk gambar2 botol2 dan bungkusan alat2 solek.
Satu lagi yang paling penting... boto2 tu hendaklah seimbang (berdiri tegak dan simetri) dan elipse (lengkung pada mulut botol2 hendaklah betul, jika tidak inilah yang akan mencacatkan lukisan anda. Persspektif botol2 dan kadar banding (saiz) hendaklah betul, Biarlah semua alat2 tu kelihatan berada di atas permukaan yang sama, jangan ada yang nampak lari perspektifnya atau sedang terawang2an...
Contoh3
Contoh4
Contoh5
Soalan no 6, Pada suatu pagi yang cerah, anda sedang berjalan di sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz. Di celah-celah pokok tersebut terdapat pancaran matahari.
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan.

Soalan ni, lebih kepada landskap, seelok2nya anda perlu lukis anda yang sedang berjalan tu... Dalam soalan ni unsur pencahayaan dan bayang sangatlah penting. Anda boleh gunakan unsur perspektif bagi menampakkan lagi penegasan pada jalinan dan bentuk2 pokok2 yang di hadapan. Figura yang sedang berjalan pastikan betul dan arah cahaya serta bayang hendaklah tepat.
Contoh 7
Contoh 8